Bismillahi rahmani rahim..
Assalamualaikum warahmatullah kakak-abang-adik
Pertama sekali, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Alhamdulillah, satu nikmat yang besar, Allah panjangkan umur untuk bertemu lagi di Bulan Ramadhan untuk tahun ini. Mungkin saja ajal sudah menjemput, tapi Allah bagi chance lagi untuk menambah amalan, apalagi ganjaran amal ibadat dan kebaikan akan dilipat gandakan... Allah dah janji, bukan saya yang bual kosong ;p syaratnya; niat adalah inginkan Allah redha.
Jangan tak sahur pulak. Sahur tu ada keberkatannya. Dan lagi elok kalau sahur tu kita meriahkan dengan zikir, solat sunat tahajjud dan banyak-banyak berdoa. Pasal ketika waktu beginilah doa kita sangat dekat dengan Allah. Allah akan turun ke tingkat langit yang paling rendah untuk mengabulkan rayuan dan permohonan hambaNya.
Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" (Riwayat At-Tirmidzi)
Dalam kita berpuasa, jangalah pulak kita ambil kesempatan, tidur banyak, tak buat homework, tak dirikan solat fardhu. orang islam itu sepatutnya bijak mengatur masa dan bijak bertindak. Jangan beralasan, kalau berani nak buat jugak, beralasanlah dengan Allah. HOHO~~ "Apabila masuk Ramadhan, pintu-pintu syurga akan di buka, di tutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan di gari." [HR Al-Bukhari] Iblis dibelenggu, tinggal nafsu kita saja lagi yang memujuk membuat benda sia-sia. So, watch out haha.
Dan ketika berbuka / bersungkai, jangan lupa untuk menadahkan tangan berdoa sebanyak yang mungkin pasal ketika itulah jugak doa kita sangat makbul. "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" (Riwayat Ibn Majah)
*Doakan ibubapa dan keluarga serta kawan-kawan, semoga segala dosa diluputkan dan amalan diterima. Jangan hanya letih dan lapar berpuasa tapi amalan ditolak. Sama-sama kita berjuang cemerlang hidup di dunia dan tidak kecundang hidup yang lebih kekal di sana, akhirat*
Salam Ramadhan Al-mubarak.
Mari saling bermaafan agar hidup lebih tenang dalam keamanan Semoga berkah Ramadhan semuanya =))
Dari : Nurul Ain Abu Bakar
No comments:
Post a Comment