Thursday, November 07, 2013

Selamat Menjalani Peperiksaan bagi Sesi 2 Tahun 2013

Assalamualaikum.

Berikut adalah doa-doa yang berguna untuk warga BASS atau sesiapa sahaja, terutama
sekali semasa musim peperiksaan ini.

*Credits to Yusri Ibrahim and Nurulain Abu Bakar (BASS Committee 2011/2012)
Jazakumullahu Khair:)

1.       Doa sebelum belajar : (supaya dimudahkan memahami dan hafalan):


“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”

        2.    Doa Selepas Belajar : (supaya apa yang dipelajari tidak lupa)


“ Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”
     3. Doa supaya Dijauhkan Dari Sifat Sedih,Malas, Bakhil, Pengecut & dikelilingi hutang:

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”

4.     Doa ketika menghadapi kesusahan dalam peperiksaan atau kehidupan:



Ertinya : “Ya Allah, tiada yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau mudahkan dan Engkau lah yang menjadikan yang susah itu mudah”




Tata tertib seorang Islam dalam menuntut Ilmu

 Niat menuntut ilmu hendaklah semata-mata kerana Allah, Rasulullah bersabda 

“ Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [Hadis Riwayat Tarmizi]

·         Dari mula pembelajaran sehingga tamat peperiksaan hingga ketika menunggu keputusan, pergantunggan (Tawakkal kepada Allah) perlu ada, kerana semua Ilmu itu adalah kepunyaan Allah yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

·         Redha dengan apa pun jua keputusan selepas peperiksaan, kerana semuanya itu adalah takdir dan ketetapan Allah. Allah melihat pada kesungguhan usaha hambaNya, tidak semestinya pada Keputusan akhirnya.

**All the best, bittaufiq wannajah ~ semoga perjuangan kita semua diberkati dan mendapat redha Allah. 

“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang di jalan Allah sehingga ia kembali” (Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi)




By:  Nurul Ain Abu Bakar

No comments: