Saturday, July 30, 2011

Pengumuman Awal Ramadhan bagi tahun 1432/2011

Assalamualaikum W.B.T

Dengan sukacitanya dimaklumkan kepada semua warga BASS yang berugama Islam bahawa awal Ramadhan 1432 Hijrah bagi kawasan University of NSW telah pun disabitkan jatuh pada petang , Ahad, 31hb Julai 2011.



Maka dengan ini distiharkan bahawa warga Islam di UNSW akan mula berpuasa pada hari Isnin, 01hb Ogos 2011. Perkara ini telahpun dimaklumkan oleh Pegawai Islam ISOC (Islamic Society of UNSW), Mahmoud Jaame' selepas Sembahyang Fardhu Jumaat yang lepas dan juga melalui makluman dari pihak Suruhjaya Brunei di Canberra.

Dengan bermulanya awal Ramadhan pada 31hb Julai bagi tahun ini, Insya Allah, Sembahyang Terawih  bagi Muslim dan Muslimah di University of NSW akan dilaksanakan seperti berikut:

Bermula : 31hb Julai 2011
Jam: 7:30 malam sepanjang bulan Ramadhan
Lokasi: Level 3, Square House, Lower Campus, UNSW

  

Dengan ini juga disertakan Niat berpuasa dan berbuka puasa bagi bulan Ramadhan:






Saya mewakili Komiti BASS 2011/2012 dengan ini mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya dan semoga amalan yang kita lakukan diterima Allah, Insya Allah.







No comments: