Saturday, September 19, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009M

Assalamualaikum semua.

Sudah hampir sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini. Harap kita semua telah mengambil kesempatan untuk beramal ibadat di bulan yang penuh kerahmatan ini. Mudah-mudahan ibadah puasa kita akan diterima oleh Nya jua. Amin.

Kini tiba masa nya untuk kita menyambut kedatangan bulan Syawal yang penuh kemaafan. Oleh itu, mari lah kita sama-sama berkumpul bagi memeriahkan dan memuliakan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Pakai lah cara Melayu atau baju kurung abiskita yang cantik-cantik atu supaya lebih menjadi('happening') lagi sambutan kitani walaupun berada di perantauan. Abiskita semua adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.

Tarikh: Hari Ahad, 20hb September 2009
Jam: 12:30pm
Tempat: Kediaman Majdi, Fadhli and Bo Jun

Sehubungan dengan itu, ada bisai nya jika abiskita dapat bermurah hati membawa hidangan makanan dan minuman untuk dihidangkan pada hari tersebut. Kami juga memerlukan piring, sudu, garpu dan cawan plastik. Mudah-mudahan sumbangan ikhlas abiskita akan mendapat ganjaran pahala daripada Nya jua.

Kepada mereka yang bukan beragama Islam, abiskita juga adalah dipelawa untuk hadir ke majlis tersebut untuk memeriahkan lagi sambutan kitani.

Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Mohon Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di mana saja berada.

Sekian. Harap maklum.

Yang Benar,
Asqalani Abdullah
K.K.

5 comments:

Dk Leena said...

I will bring marie choco strawberry cake. Slamat hari raya

Salwa said...

Salwamal bawa popia...

hani_6887 said...

jiran d bawah.. bawa nasi beriyani....

sapa sanggup masak ayam kari? heheheh

Abib said...

yummyfish bawa rendang

Asqa said...

i'll bring plates, cups, etc.