Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam sejahtera.
Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini Majlis Tadarrus Al-Quran akan dibuka secara rasminya pada hari Sabtu, 13 hb Ogos 2011, bertempat di Old Tote, UNSW.
Agenda yang akan berlangsung pada hari tersebut adalah seperti berikut:
3.30pm - Semua ahli BASS dijangka hadir.
4.00pm - Majlis bertahlil dimulakan.
4.30pm - Pembukaan rasmi Majlis Tadarrus beramai-ramai.
5.24pm - Majlis Berbuka Puasa secara ringan.
5.40pm - Solat Maghrib berjema'ah.
6.00pm - Menikmati juadah yang dihidangkan.
7.00pm - Solat 'Isya berjema'ah diteruskan dengan Solat Sunat Terawih dan Witr.
8.00pm - Majlis dijangka selesai.
Oleh kerana majlis ini adalah majlis rasmi, semua peserta adalah digalakkan memakai baju melayu /Jubah (lelaki) dan perempuan (baju kurong atau jubah) dan sahabat yang non-muslim berpakaian formal (formal attire).
*Updated* to all non Muslim -Bass members: You are most welcome to attend this event and you are allowed to wear long sleeves and jeans on that day... Any questions /confusions regarding the attire or anything, you may contact me /Azimah
*Salinan Surah yang akan dibaca beramai-ramai akan disediakan oleh pihak jawatankuasa majlis.
*Peserta diminta untuk membawa sejadah masing-masing.
*Majlis pada hari itu adalah secara "potluck", kami berharap jika abiskita dapat menyatakan juadah yang ingin dibawa untuk hari tersebut di facebook BASS.
Info majlis khatam Al-Quran:
1) Peserta yang berminat untuk mengikuti mengkhatamkan Al-Quran adalah dikehendaki untuk memberi respon "attending" di facebook BASS sebelum hari Jumaat malam (12hb Ogos) (link)
2) Pembacaan Tadarus Al-Quran adalah secara persendirian yang mana peserta dikehendaki untuk menghabiskan juzuk2 Al-Quran yang diberikan sebelum Majlis Khatam Al-Quran tersebut.
3) Peserta boleh menghabiskan juzuk2 yang diberikan secara peseorangan/kumpulan, mengikut kehendak masing2. tetapi sebagai syarat bagi majlis ini, setiap peserta Khatam Al-Quran akan di tasmi' (disemak) bacaannya oleh Mohd Zarif (bagi peserta lelaki) dan Nurul Ain (bagi peserta perempuan) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh Tadarus tersebut.
4) Pembahagian juzuk-juzuk Al-Quran akan diaturkan pada 13hb Ogos nanti.
5) Majlis penutup Tadarrus dan majlis khatam Al-Quran akan diadakan inshaAllah pada 20hb Ogos (hari Sabtu) dan tetamu kehormat untuk majlis tersebut adalah Pegawai kerajaan dari Pesuruhjaya Brunei (Canberra).
Sekian,
Salam Ramadhan Karim