Wednesday, August 17, 2011

Update on Majlis Khatam AL-Quran 1432/2011


Assalamualaikum & Ramadhan Karim

Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Khatam Al-Quran 1432/2011 bagi Warga BASS Insya Allah akan berlangsung pada hari Sabtu, 20hb Ogos 2011. Informasi terperinci  bagi majlis tersebut adalah seperti berikut:

3.15 pm  : Peserta hadir.
3.30 pm : Tetamu kehormat dan pegawai yang lain hadir.
3.50 pm : Majlis bermula.
               : Ucapan daripada Presiden BASS.
               : Ucapan daripada Tetamu Kehormat.
               : Bacaan Surah Al-fatihah diketuai oleh Tetamu Kehormat.
               : Bacaan Al-Quran dimulai dari surah Ad-Dhuha.
               : Bacaan Doa Khatam Al-Quran.
               : Dikir dan Penyampaian Sijil bagi peserta khatam.

5.30pm    : Berbuka puasa secara ringan.
5.45pm    : Sembahyang Maghrib berjemaah.
6.10pm    : Bertolak menuju ke Old Tote UNSW bagi menikmati jamuan.

Remarks untuk peserta
1) Semua peserta dimestikan untuk menghadiri Majlis diatas
2) Semua peserta juga dimestikan untuk memakai Baju Kebangsaan
3) Semua peserta dikehendaki untuk membawa senaskah Al-Quran dan sejadah

Remarks untuk semua warga BASS
1) Semua warga BASS (Muslim/non Muslim) adalah digalakkan untuk menghadirkan diri di Old Tote pada jam 6.00pm pada hari tersebut
2) Setiap rumah digalakkan untuk membawa pencuci mulut atau hidangan lain
3) Semua hadirin dikehendaki untuk berpakaian kemas dan sopan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Yusri (FB link) atau Nurul Ain Haji Abu Bakar (FB link).
Sekian, harap maklum

1 comment:

armouris said...

lagi info tentang al-quran di SIHAT SELALU - Cara Menambahkan Pemahaman al-Qur'an Dengan Mudah