Monday, August 08, 2011

Info mengenai Majlis Bertadarrus Al-Quran




Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam sejahtera.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini Majlis Tadarrus Al-Quran akan dibuka secara rasminya pada hari Sabtu, 13 hb Ogos 2011, bertempat di Old Tote, UNSW.


Agenda yang akan berlangsung pada hari tersebut adalah seperti berikut:

3.30pm - Semua ahli BASS dijangka hadir.

4.00pm - Majlis bertahlil dimulakan.

4.30pm - Pembukaan rasmi Majlis Tadarrus beramai-ramai.

5.24pm - Majlis Berbuka Puasa secara ringan.

5.40pm - Solat Maghrib berjema'ah.

6.00pm - Menikmati juadah yang dihidangkan.

7.00pm - Solat 'Isya berjema'ah diteruskan dengan Solat Sunat Terawih dan Witr.

8.00pm - Majlis dijangka selesai.


Oleh kerana majlis ini adalah majlis rasmi, semua peserta adalah digalakkan memakai baju melayu /Jubah (lelaki) dan perempuan (baju kurong atau jubah) dan sahabat yang non-muslim berpakaian formal (formal attire).


*Updated* to all non Muslim -Bass members: You are most welcome to attend this event and you are allowed to wear long sleeves and jeans on that day... Any questions /confusions regarding the attire or anything, you may contact me /Azimah


*Salinan Surah yang akan dibaca beramai-ramai akan disediakan oleh pihak jawatankuasa majlis.

*Peserta diminta untuk membawa sejadah masing-masing.

*Majlis pada hari itu adalah secara "potluck", kami berharap jika abiskita dapat menyatakan juadah yang ingin dibawa untuk hari tersebut di facebook BASS.


Info majlis khatam Al-Quran:

1) Peserta yang berminat untuk mengikuti mengkhatamkan Al-Quran adalah dikehendaki untuk memberi respon "attending" di facebook BASS sebelum hari Jumaat malam (12hb Ogos) (link)

2) Pembacaan Tadarus Al-Quran adalah secara persendirian yang mana peserta dikehendaki untuk menghabiskan juzuk2 Al-Quran yang diberikan sebelum Majlis Khatam Al-Quran tersebut. 

3) Peserta boleh menghabiskan juzuk2 yang diberikan secara peseorangan/kumpulan, mengikut kehendak masing2. tetapi sebagai syarat bagi majlis ini, setiap peserta Khatam Al-Quran akan di tasmi' (disemak) bacaannya oleh Mohd Zarif (bagi peserta lelaki) dan Nurul Ain (bagi peserta perempuan) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh Tadarus tersebut.

4) Pembahagian juzuk-juzuk Al-Quran akan diaturkan pada 13hb Ogos nanti.

5) Majlis penutup Tadarrus dan majlis khatam Al-Quran akan diadakan inshaAllah pada 20hb Ogos (hari Sabtu) dan tetamu kehormat untuk majlis tersebut adalah Pegawai kerajaan dari Pesuruhjaya Brunei (Canberra).


Sebarang pertanyaan bolehlah dirujuk kepada saya atau Nurul Ain (Zahra Abu Bakar)

Sekian,


Salam Ramadhan Karim



No comments: