Sunday, August 07, 2011

Majlis Tadarus AL-Quran bagi warga Bass



Bismillah Ar-rahman Ar-Rahim,
Assalamualaikum and Ramadhan karim..

Sebagai sebahagian dari ibadah kita di bulan ramadhan ini, pihak AJK BASS ingin mengendalikan majlis pengkhataman Al-Quran di bulan Ramadhan ini. Dibukakan pada semua umat islam Brunei di Sydney. Majlis pembukaan khatam Al-Quran akan diadakan pada hari sabtu 13hb Ogos, selepas sungkai bersama  solat terawih berjemaah. Majlis penyungkaian adalah bertemakan (potluck).




*untuk pengkhataman Al-Quran, 30 juzuk akan dibahagikan kepada jumlah perserta yang mengikuti program ini. Bacaan boleh dibuat secara persendirian dalam satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian. Peserta lelaki dan perempuan akan dibahagikan untuk penyemakkan (tasmi') bacaan Al-quran.


Penyemakkan akan dibuat oleh Zarif (untuk lelaki) & Nurul Ain Abu Bakar (untuk perempuan).. Peserta boleh berkonsultasi memilih masa & hari penyemakkan dengan kedua-dua penyemak. Penyemakkan akan didengar beberapa muka surat sahaja.




Marilah kita bersama-masa menghidupkan ramadhan dengan keindahan kitab Allah. Rasulullah bersabda; “Orang yang membaca Al Quran dan dia pandai membacanya maka (nanti di akhirat akan dikumpulkan) bersama para malaikat yang mulia, sedangkan orang yang membaca Al Quran dan dia terbata-bata karenanya serta kesusahan maka baginya dua pahala “ (Muttafaq alaih) - ertinya bacaan orang yang pandai membaca Al-quran satu pahala. Orang yang membaca tergagap-gagap pula dua pahala; satu pahalanya kerana keinginannya untuk membaca walaupun terhenti-henti dan satu pahala lagi kerana membaca Al-quran.


Mari menjadi orang yang baik dan ikhlas dari sisi Allah Azza Wajala


-Nurul Ain Abu Bakar


SIla RSVP untuk Maljis Tadarus AL-Quran diatas di http://www.facebook.com/event.php?eid=142716585813148

No comments: